Voices of Hope
Messages of support and encouragement from prominent Malaysian figures who believe in PKRM's mission.
YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim
Perdana Menteri Malaysia & Menteri Kewangan
Saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Pengerusi Persatuan Kesejahteraan Rakyat Malaysia (PKRM) dan seluruh anggota persatuan di atas usaha menganjurkan "Program Bantuan Kerusi Roda Rakyat Malaysia (BKRRM)". Melalui program ini, saya berharap kerusi-kerusi roda ini mempermudahkan individu kurang upaya khususnya yang tinggal di luar bandar. Pemberian bantuan ini diharapkan memudahkan golongan ini menguruskan kehidupan seharian mereka. Perjuangan selama lebih dua dekad menjadi teladan untuk kita membina sebuah masyarakat Madani yang bersifat ihsan, peduli dan merasai keperitan orang miskin. "Malaysia Madani" memberi penekanan kepada jaminan bahawa tiada komuniti akan terpinggir. Sehubungan itu juga, saya ingin menyeru semua pihak termasuk sektor swasta untuk turut sama-sama membantu dalam memberikan sumbangan kepada masyarakat di bawah program tanggungjawab sosial syarikat (CSR) untuk diagihkan ke seluruh negara. Kita perlu memberi galakan dan sokongan kepada rakyat Malaysia.
YB Datuk Seri Johari Bin Abdul Ghani
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri
Saya mengucapkan terima kasih dan juga tahniah kepada Persatuan Kesejahteraan Rakyat Malaysia (PKRM) dan seluruh anggota kerjanya dalam menyalurkan bantuan kerusi roda kepada individu yang kurang upaya serta yang amat memerlukan. Saya juga sentiasa menghargai sumbangan PKRM yang membantu pemohon sumbangan BKRRM ini tanpa mengira bangsa, agama dan latar belakang dengan kerjasama JKM.
Dr. Nurashikin binti Ibrahim
Pengarah, Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (NCEMH), Kementerian Kesihatan Malaysia
Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada Persatuan Kesejahteraan Rakyat Malaysia (PKRM) serta seluruh pasukan kerjanya atas inisiatif murni dalam melaksanakan program intervensi mengenai keselamatan dalam talian dan kesihatan mental dalam kalangan remaja di Malaysia. Kementerian Kesihatan Malaysia amat menyokong usaha murni ini bersama penganjur. Akhir kata, sekali lagi saya mengucapkan syabas kepada PKRM atas dedikasi dan komitmen dalam menganjurkan program ini demi kesejahteraan rakyat Malaysia. Semoga usaha ini terus memberi impak positif kepada masyarakat kita.
YB Dr. Zaliha binti Mustafa
Mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan)
Saya dimaklumkan, PKRM akan menerbitkan sebuah Buletin Khas berbentuk manual HIV/AIDS sebagai wadah ilmu yang sangat bermanfaat kepada seluruh rakyat Malaysia. Semoga ianya dapat dijadikan rujukan serta panduan kepada kepimpinan semua lapisan agama dan bangsa menangani HIV/AIDS. Tinggi harapan saya agar penerbitan ini juga akan mengubah pandangan, stigma dan diskriminasi kepada kumpulan terpinggir yang dahagakan bimbingan kerohanian serta bantuan kebaikan.
YDH Dato' Ayob Khan bin Mydin Pitchay
Mantan Timbalan Ketua Polis Negara
Penerbitan Buletin ini pasti akan menjadi salah satu saluran yang efektif dalam menyampaikan berita mengenai aktiviti-aktiviti jenayah yang sering berlaku dan kejayaan-kejayaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam membanteras jenayah serta perkongsian tip-tip pencegahan jenayah yang dijadikan sebagai rujukan dan panduan kepada masyarakat.
YDH Tan Sri Dato' Sri Acryl Sani Bin Haji Abdullah
Mantan Ketua Polis Negara
Setinggi-tinggi penghargaan dan syabas kepada jawatankuasa Persatuan Kesejahteraan Rakyat Malaysia (PKRM) dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kempen serta penerbitan buletin ini. Jelasnya, penghasilan buletin yang berinformatif dengan perkongsian berita mengenai aktiviti-aktiviti jenayah semasa dan tips-tips pencegahan seumpama ini, diyakini berupaya meningkatkan lagi pemahaman dan kebertanggungjawaban masyarakat untuk sama-sama mewujudkan persekitaran sifar jenayah dalam negara.
YDH DCP Dato' Surina binti Saad
Mantan Ketua Polis Perlis
Saya percaya Buletin ini akan menjadi platform untuk membantu mengeratkan lagi hubungan silaturahim di kalangan Rakyat Malaysia. Adalah diharapkan Buletin ini diberikan sokongan sepenuhnya oleh sektor korporat dan mana-mana pihak yang berkaitan dalam menjayakan penerbitan ini.
YDH Dato' Ramli bin Mohamed Yoosuf
Mantan Ketua Polis Pahang
Saya yakin Buletin ini mampu menjadi sumber maklumat yang berguna untuk mengetahui perkembangan mengenai hal ehwal kepolisan khususnya berkaitan usaha-usaha dan kejayaan membanteras dan menangani jenayah.
Prof. Dato' Dr. Andrew Mohanraj
Pakar Perunding Kanan Psikiatrik & Penasihat PKRM
Tahniah kepada PKRM kerana terus terlibat dalam aktiviti pembangunan masyarakat yang sangat diperlukan dalam usaha membangun negara. PKRM juga telah meningkatkan perhatian mereka kepada isu-isu yang berkaitan dengan kesejahteraan mental masyarakat, khususnya rancangan untuk membina ketahanan mental (mental resilience) di kalangan belia. Ini adalah masa yang sangat mencabar bagi kita di tengah-tengah pandemik Covid-19, namun ada harapan untuk Malaysia sekiranya pihak lain juga dapat mencontohi usaha PKRM. Seperti yang dikatakan Perdana Menteri kita "setelah hujan turun pasti terbit matahari".
YB Tun Dr. Mahathir Mohammad
Mantan Perdana Menteri Malaysia
Saya berharap inisiatif yang diambil oleh PKRM akan disambut oleh pihak Swasta melalui program tanggungjawab sosial syarikat (Corporate Social Responsibility) mereka, sama ada secara langsung ataupun melalui kerjasama dengan NGO seperti PKRM.
YB Dato' Sri Alexander Nanta Linggi
Menteri Kerja Raya & Mantan Menteri KPDNHEP
Program sebegini amatlah dialu-alukan kerana ia melengkapkan usaha-usaha Kerajaan untuk membantu golongan kurang upaya dan tidak berkemampuan termasuk juga penjawat-penjawat awam.
YB Datuk Poon Ming Fung @ Frankie
Mantan Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah
Saya menyokong usaha program ini yang dapat membuka ruang kepada rakyat untuk mendapatkan bantuan seumpama ini dan dapat memberikan peluang kepada individu atau pesakit menjalani kehidupan harian mereka tanpa terbatas.
YDH Tan Sri Dato' Sri Mohamad Fuzi Bin Harun
Mantan Ketua Polis Negara
Kolaborasi program dan penerbitan buletin kempen kesedaran pencegahan jenayah bersama PDRM dan RELA dapat diteruskan demi kesejahteraan masyarakat dalam menangani jenayah serta mengurangkan "fear of crime" di kalangan rakyat.
YH Penolong Pesuruhjaya Kanan Kehormat RELA Dato' Ranjith
Pengerusi PKRM
PKRM akan membantu kerajaan menjadi sebagai mata dan telinga bagi menyampaikan maklumat dan saranan daripada rakyat demi menjamin kesejahteraan rakyat dan negara sentiasa terjamin sepenuhnya.
Tuan Haji Isma Zaimei Bin Ishak
Timbalan Pengerusi PKRM
PKRM adalah platform kepada Kerajaan dalam melengkapkan tugas hal ehwal kebajikan masyarakat dan menjamin kesejahteraan rakyat Malaysia.
Puan Mastura binti Umar Baki
Naib Pengerusi PKRM
PKRM sentiasa komited untuk menjaga kebajikan dan Kesejahteraan Keluarga Malaysia dengan menjalin kerjasama strategik antara sektor korporat, GLC, GLIC, Agensi-agensi Kerajaan atau mana-mana individu yang berkebolehan.
Puan Siti Zulaiha Binti Roslan Chew
Penolong Bendahari merangkap Ketua Pegawai Perhubungan Awam
Semoga kehadiran PKRM dapat melengkapkan usaha-usaha kerajaan untuk membantu golongan kurang upaya, tidak berkemampuan, penjawat-penjawat awam bertugas, pesara Kerajaan serta anggota pasukan keselamatan.
Y.Bhg. Dato' Gandesan Letchumanan
Mantan Ketua Pengarah JPNIN, Jabatan Perdana Menteri
Hasrat murni PKRM dalam usaha menyebarluaskan maklumat mengenai gejala AIDS/HIV merupakan sesuatu yang sangat terpuji. Program seperti ini akan dapat membuka minda dan menarik perhatian rakyat ke arah memahami punca dan akibat HIV/AIDS. Selaras dengan usaha-usaha pemupukan dan pemerkasaan perpaduan seluruh rakyat maka jabatan ini amat berbesar hati untuk bersama-sama berganding bahu merealisasikannya dengan segala tenaga dan keupayaan yang ada.
Tan Sri Dato' Seri Azlani Mahadevan
Saya mengucapkan tahniah dan syabas ke atas usaha baik yang dilaksanakan oleh PKRM dalam membantu dan memberikan komitmen untuk menjaga kesejahteraan rakyat tanpa mengira kaum, agama, bangsa dan jantina. Tindakan PKRM berlandaskan gagasan YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah terbukti dengan wujudnya PKRM dan saya berharap PKRM dapat meluaskan perkhidmatan ini di dalam dan di luar negara dan menjadi persatuan yang berjaya.
Tan Sri Lee Lam Thye
Naib Pengerusi Kanan MCPF
Saya sangat teruja dan sangat menantikan program seperti ini diadakan untuk masyarakat umum khasnya. Dengan bantuan daripada PKRM dalam memberikan panduan dan nasihat kepada rakyat Malaysia, ini membantu warganegara mengambil inisiatif untuk membanteras jenayah dengan sebaiknya. Akhir kata, saya mewakili seluruh warga MCPF mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan selamat maju jaya kepada Persatuan Kesejahteraan Rakyat Malaysia (PKRM) menjayakan "Kempen Kesedaran Pencegahan Jenayah Bersama PDRM dan RELA".
YDH Dato' Seri Abdul Hamid bin Bador
Mantan Ketua Polis Negara
Polis Diraja Malaysia amat menghargai serta menyokong penuh segala usaha murni Persatuan Kesejahteraan Rakyat Malaysia (PKRM) dalam memupuk kesedaran masyarakat terhadap pencegahan jenayah menerusi pelbagai pendekatan seperti sesi perbincangan, ceramah dan pengedaran buku serta risalah.