Tentang PKRM
Misi Kami ยท Visi Kami
Kesejahteraan Rakyat Malaysia Sejak 2013
Persatuan Kesejahteraan Rakyat Malaysia (PKRM) telah ditubuhkan pada 18 November 2013 dan beroperasi sebagai sebuah badan tidak berasaskan keuntungan (non-profit) yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).
PKRM komited melaksanakan pelbagai inisiatif kebajikan serta menjalin kerjasama strategik bersama Kerajaan dan agensi-agensi berkaitan dalam menyokong pencapaian objektif dan aspirasi pembangunan negara.
Selain itu, PKRM turut memperoleh kelulusan Pengecualian Cukai daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), membolehkan setiap sumbangan yang diterima layak diberikan resit pengecualian cukai kepada para penyumbang.
Peranan Strategik
PKRM
Memperkasa Komuniti
Memperkasa komuniti rakyat Malaysia secara menyeluruh dan inklusif, merentas perbezaan kaum, agama dan bangsa.
Kemanusiaan & Bencana
Terlibat secara aktif dalam program kemanusiaan dan pengurusan bencana yang berdaftar serta diselaraskan oleh NADMA.
Sukarelawan Bersama JKM
Peluang penyertaan sebagai Ahli Sukarelawan dalam menjayakan program kebajikan bersama JKM.
Sokongan Pendidikan
Pengukuhan pendidikan melalui tajaan dan sokongan pembelajaran bagi keluarga yang tergolong dalam golongan fakir miskin tegar.
Penggerak Strategik
Berperanan sebagai penggerak strategik dalam merealisasikan inisiatif kesejahteraan untuk seluruh rakyat Malaysia.
Tujuan Teras Kami
Misi
Bertanggungjawab membantu Kerajaan dalam mengutamakan kebajikan individu OKU, pesakit-pesakit kronik, keluarga/individu fakir miskin dan mewujudkan platform untuk membantu meringankan/membasmi kemiskinan rakyat demi menjamin Kesejahteraan Rakyat Malaysia.
Visi
Memberikan bantuan kepada anak-anak atau keluarga yatim,balu-balu,bekas-bekas anggota Kerajaan / Penjawat Awam / Pesakit Kronik / Bantuan kepada Hospital dan orang perseorangan yang memerlukan bantuan untuk meneruskan kehidupan mereka dengan bantuan ataupun sumbangan seperti barangan keperluan asas, peralatan rawatan kesihatan , khidmat pendidikan dan memberikan segala perkhidmatan yang diperlukan bagi menjamin kebajikan dan kesejahteraan Rakyat Malaysia dengan mengurangkan beban Kerajaan
Nilai
Ketelusan, Integriti, Empati, Inklusiviti dan Akauntabiliti dalam setiap tindakan kami.
Impak Kami Setakat Ini
0+
Unit Kerusi Roda Diedarkan
0+
Tahun Operasi
0+
Ahli Berdaftar
0+
Program Dilaksanakan
Mengenai PKRM
PKRM merupakan sebuah pertubuhan rasmi yang ditubuhkan di bawah kelulusan Perdana Menteri Malaysia yang ke-6, bertujuan untuk mengukuhkan perpaduan dan integrasi nasional, berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Tanggungjawab utama PKRM adalah untuk membentuk rakyat Malaysia yang mempunyai: Identiti nasional yang kukuh Semangat kekitaan dan keprihatinan sesama insan Sikap inklusif dan saling hormat-menghormati Rasa tanggungjawab terhadap negara dan masyarakat Persatuan Kesejahteraan Rakyat Malaysia (PKRM) turut menyediakan kerusi roda percuma kepada golongan B40 dan Orang Kurang Upaya (OKU) yang memerlukan, melalui program unggulan bantuan kerusi roda. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pelbagai agensi kerajaan yang lain. Secara ringkas, PKRM berperanan sebagai penggerak agenda perpaduan negara โ membudayakan perpaduan sebagai amalan hidup rakyat Malaysia, bukan sekadar slogan.
Program PKRM dilaksanakan tanpa mengira kaum, agama dan bangsa.
0
unit kerusi roda diagihkan
Mohon Kerusi Roda Percuma โโ Penghantaran percuma ke seluruh negara
Dari Permohonan ke Penghantaran
Penerimaan Permohonan
Pemohon mengisi borang dalam talian
Penyemakan & Pengesahan
Pasukan kami menyemak kelayakan
Pengumpulan Dana
Dana dikumpul dari penaja & penderma
Pengedaran Kerusi Roda
Kerusi roda dihantar kepada penerima
Soalan Lazim (FAQ)
Siapa yang layak memohon kerusi roda?
Berapa lama proses permohonan?
Adakah ada sebarang bayaran?
Jenis kerusi roda apa yang disediakan?
Bagaimana saya tahu permohonan saya diterima?
Bolehkah saya menderma kerusi roda yang terpakai?
Adakah resit cukai disediakan untuk derma?
Di mana kerusi roda akan dihantar?
Masih ada soalan?
Hubungi kami melalui WhatsApp atau e-mel dan kami akan membalas dalam masa 24 jam.
Bersama, Kita Gerakkan Malaysia ke Hadapan
Sama ada anda memerlukan kerusi roda atau ingin menderma satu โ ambil tindakan hari ini.