Skip to main content
Kenyataan Media 01 April 2020

PENGHARGAAN KEPADA SUKARELAWAN PKRM

By System Administrator

SIARAN MEDIA / MEDIA RELEASE

PENGHARGAAN KEPADA SUKARELAWAN PKRM

Putrajaya 1 April – Pengerusi PKRM, YH Dato Ranjith hari ini memberikan pengesahan bahawa semua sukarelawan-sukarelawan di seluruh negara yang tampil memberikan pelbagai bantuan darisegi material dan kewangan diminta untuk mendaftar sebagai Ahli PKRM untuk penerimaan watikah Pelantikan Ahli Kehormat seumur Hidup dengan tawaran insuran percuma serta kemudahan-kemudahan insentif yang disediakan oleh PKRM.

Sehubungan dengan itu, beliau juga memaklumkan bahawa sikap mengambil berat dan mendahulukan rakyat yang dilaksanakan oleh pelbagai sukarelawan adalah satu-satunya contoh keprihatinan rakyat yang bersedia memberikan perkhidmatan kepada rakyat dan negara. Kehadiran mereka haruslah dihargai dan dikenalpasti untuk dikekalkan sebagai sukarelawan negara.

PKRM sebagai badan berdaftar dalam melaksanakan pelbagai tugasan menjaga kebajikan rakyat, menyahut baik cabaran Bersama dalam mencegah Covid 19 yang kini merebak di seluruh Negara. PKRM juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam membantu usaha Kerajaan cegah Covid 19.

Untuk pendaftaran ahli boleh dibuat terus di laman portal www.rakyatmalaysia.org.my.

Sekian.

Disediakan oleh :

 

Unit Media PKRM

Haji Isma Zaimei Bin Ishak

Naib Pengerusi

Persatuan Kesejahteraan Rakyat Malaysia (PKRM)

T:03-88617557

Kongsi:
Ecosystem Network

PKRM Works With

Backed by government agencies, corporate sponsors, and verified partners nationwide.

Kementerian Kesihatan Malaysia
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Jabatan Perpaduan Negara
RELA
Jabatan Perdana Menteri
KPWKM
Jabatan Pembangunan Wanita
Jabatan Pengangkutan Jalan
PUSPANITA
Malaysia Book of Records
Kementerian Kesihatan Malaysia
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Jabatan Perpaduan Negara
RELA
Jabatan Perdana Menteri
KPWKM
Jabatan Pembangunan Wanita
Jabatan Pengangkutan Jalan
PUSPANITA
Malaysia Book of Records
Official partners in Malaysia's welfare & healthcare ecosystem