BANTUAN KERUSI RODA RAKYAT MALAYSIA DENGAN KERJASAMA JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT (JKM)
Tarikh: 02/01/23
SIARAN MEDIA/ MEDIA RELEASE
PERSATUAN KESEJAHTERAAN RAKYAT MALAYSIA (PKRM)
Kuala Lumpur 2 Januari 2023 –Persatuan Kesejahteraan Rakyat Malaysia dengan Kerjasama Kerajaan Perpaduan dibawah kepimpinan YAB Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan terus memberikan bantuan kepada mana-mana individu yang memerlukan perhatian yang sewajarnya.
Pihak Persatuan sentiasa mengambil kira keperlukan kebajikan yang diperlukan oleh rakyat Malaysia yang sangat memerlukannya. Kami amat bersyukur dan berterima kasih kepada semua pihak termasuk kepada YAB Perdana Menteri kerana memberikan komitmen yang jitu sehingga segala usaha murni dalam membantu golongan individu yang terkesan ini Berjaya.
Kini pemohon bantuan kerusi roda tidak lagi perlu mengisikan borang fizikal dan hanya dengan memuat naik dokumen sokongan yang diperlukan dan mendaftar permohonan melalui laman portal rasmi https://www.rakyatmalaysia.org.my dan bantuan ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum , agama dan bangsa. Kemudahan ini disedikan khas kepada golongan miskin dan individu kurang upaya yang tidak mampu memiliki kerusi roda apabila adanya keperluan.
Objektif kami adalah untuk memastikan semua rakyat yang memerlukan bantuan kerusi roda ini dibantu sepenuhnya dan ini membolehkan mereka bergerak dan menjalani kehidupan seperti biasa.
Persatuan akan menilaikan setiap permohonan mengikut semakan tertentu dan juga memberikan pertimbangan untuk menggantikan kerusi rodanya yang sudah uzur. Sebagai sebuah persatuan yang terpanggil dalam kerja-kerja amal, PKRM akan teruskan usaha mencari dan mengenalpasti permintaan-permintaan bantuan kerusi roda ini khususnya kepada yang tingga di Kawasan luar bandar.
Setiap sumbangan yang diterima akan diteliti dan direkodkan bagi tujuan pengauditan dan sumbangan-sumbagan penaja ini akan meringankan bebas kewangan dan emosi yang dihadapi oleh warga OKU dan pesakit-pesakit kronik.
Semoga di tahun baru 2023 ini kita dapat memperluaskan lagi bantuan kepada semua yang tersenarai dalam data JKM dan juga setiap permohonan terus ke pihak persatuan akan terus dinilai segera.
Disediakan Oleh : Unit Komunikasi Korporat
Aras 3 Suite 3.11 Menara Ampwalk North Block
No.218 Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur
Telefon : 03 – 21644999 , 2161 1999
Tarikh : 2 Januari 2023
Emel : urusetia@rakyatmalaysia.org.my