KENYATAAN MEDIA COVID19
Tarikh: 19/03/20
GERAK GERI COVID19 SEPANJANG PERINTAH KAWALAN KESELAMATAN
1. PKRM prihatin dengan situasi semasa COVID19, kami telah membuat makluman dan mengedarkan informasi-infomasi dari masa ke semasa sebagai usaha meringankan beban dan petugas hadapan ( frontliner) COVID 19 sepanjang perintah kawalan pergerakan.
2. Bantuan kerusi roda dibawah program BKRRM masih diteruskan secara terus kepada penerima yang dikenal pasti.
3. PKRM bersedia menghulurkan bantuan kepada makanan kepada petugas hadapan (frontliner) COVID 19 dan kami memastikan semua makanan sampai kepada sasaran dikehendaki.
4. Misi #HAPUSCOVID19 akan diteruskan sehingga semua sumbangan sampai kepada sasaran yang dikehendaki.
5. PKRM ingin menyeru dan mengesa badan-badan korporat melalui program CSR Tanggungjawab Sosial Korporat masing-masing untuk turut menyumbang kepada rakyat yang memerlukan bantuan sepanjang perintah kawalan pergerakan. Kesemua bantuan dapat disalurkan melalui whatsapp 012-3291273 atau emel ke urusetia@rakyatmalaysia.org.my.
HAJI ISMA ZAIMEI BIN ISHAK
NAIB PENGERUSI
PUSAT MEDIA PKRM
03-88617557 | urusetia@rakyatmalaysia.org.my