PENDAFTARAN AHLI PERSATUAN
Tarikh: 21/09/20
Suite 3.11 Level 3 Menara Ampwalk North Block No.218 Jalan Ampang 50450 Kuala Lumpur
Tel: 03 2161 1999 Faks: 03 2163 1999
KENYATAAN MEDIA
20 September 2020 - Persatuan Kesejahteraan Rakyat Malaysia (PKRM) bersedia menjemput semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas untuk mendaftar sebagai Ahli Persatuan bagi melibatkan diri dalam kerja-kerja amal serta membantu usaha-usaha dalam membantu Kerajaan dalam kerja-kerja sosial masyarakat dan mengeratkan perpaduan dikalangan rakyat yang berbilang kaum.
Pelantikan Ahli Kehormat PKRM tertakluk kepada beberapa peraturan dan syarat-syarat ahli untuk menjaga nama baik persatuan dan setiap pelantikan ahli juga akan ditapis daripada kes-kes berkaitan jenayah ataupun rasuah sebelum keahlian diluluskan.
Apabila anda berdaftar menjadi ahli, yuran keahlian yang terkumpul akan digunakan untuk melaksanakan pelbagai aktiviti kebajikan kepada masyarakat dan ini termasuk dalam membantu memberikan sumbangan alat-alat perubatan, merawat penyakit kronik, membantu keluarga fakir miskin, mewujudkan peluang pekerjaan dan punca pendapatan yang dapat membantu meneruskan kehidupan seharian seperti biasa dan banyak aktiviti-aktiviti sampingan seperti program cegah jenayah, program kesedaran HIV/AIDS , penerbitan risalah bacaan dan lain – lain lagi.
Oleh yang demikian , PKRM menjemput seluruh rakyat Malaysia untuk berganding bahu dan tampil dengan mendaftar menjadi ahli dan seterusnya mengikuti perkembangan dari masa ke semasa dalam pelaksanaan aktiviti kepada rakyat. Untuk sebarang pertanyaan dan pengesahan boleh berhubung dengan Pn Mastura binti Umar Baki 03-2161 1999 / HP:017-3581553.
Kepada yang berminat dan ingin membantu, sila layari lama portal www.rakyatmalaysia.org.my dan membuat pendaftaran secara online dan pembayaran yuran pendaftaran terus. Pihak persatuan akan mengesahkan pelantikan ini dengan penyediaan surat pelantikan, sijil penghargaan, pelekat kereta, plak penghargaan, kad touch n go, resit pengecualian cukai dan plak kehalian kereta (Untuk Kegunaan Ahli Kehormat/ Seumur Hidup Sahaja)
Setiap sumbangan anda melalui pendaftaran keahlian ini akan membantu ramai individu dan keluarga yang memerlukan perhatian yang sewajarnya. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang berdaftar dan bersedia Bersama barisan kami untuk menjadkan negara kita sebagai sebuah negara yang mengekalkan perpaduan berbilang kaum dan Malaysia Prihatin. Walaupun kita berbeza dari segi kaum, agama dan bangsa, Malaysia terbukti dengan semangat perpaduan (UNITY) yang terpanggil di seluruh dunia. Marilah kita Bersama- sama menjamin kesejahteraan rakyat dan negara tercinta Malaysia.
Saya juga menyeru semua rakyat Malaysia untuk terus mematuhi kepada SOP-SOP cegah Wabak Covid 19 dan pastikan jarak sosial, amalkan kekerapan mencuci tangan , gunakan sanitizer dan memakai pelitup muka ( Face Mask ) apabila berada ditempat-tempat yang sesak.
#kitajagakita #cegahcovid19 #kitapastiberjaya
Haji Isma Zaimei bin Ishak
Naib Pengerusi
Persatuan Kesejahteraan Rakyat Malaysia
20 September 2020