GUNAKAN SIJIL DIGITAL MY SEJAHTERA VAKSIN 2 DOS UNTUK RAKYAT BERGERAK DAN KELUAR DARI FASA PKP
Tarikh: 01/07/21
SIARAN MEDIA/ MEDIA RELEASE
PERSATUAN KESEJAHTERAAN RAKYAT MALAYSIA
GUNAKAN SIJIL DIGITAL MY SEJAHTERA VAKSIN 2 DOS UNTUK RAKYAT BERGERAK DAN KELUAR DARI FASA PKP
1 Ogos 2021- Persatuan Kesejahteraan Rakyat Malaysia meminta kerajaan untuk mengeluarkan garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) untuk negeri-negeri yang mencatatkan kes COVID 19 yang rendah bagi meneruskan kegiatan ekonomi demi kelangsungan hidup.
Menurut Naib Pengerusinya Haji Isma Zaimei bin Ishak berkata , sudah tentu semua syarikat akan akur dan sentiasa patuh dengan arahan kerajaan sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Ketika kita masih berada dalam Fasa Pemulihan. Sekatan Rentas Daerah boleh dikekalkan sehingga semua Negeri diberikan kelulusan untuk merentas.
Apa yang kami dapat lihat adalah, ada beberapa negeri – negeri seperti Pulau Pinang, Perak, Perlis, Melaka dan Kedah boleh dikecualikan dari PKP dan dibenarkan menjalankan aktiviti ekonomi supaya rakyat dapat meneruskan kelangsungan hidup.
Pada Ketika ini hampir semua pihak berada dalam keadaan berkurangan , apatah lagi yang terjejas dengan pendapatan harian. Bantuan Kerajaan yang diumunkan melalui Skim PEMULIH sedikit sebanyak sahaja yang akan membantu rakyat untuk meneruskan kelangsungkan hidup.
Sepertimana yang semua ketahui, kes COVID 19 agak susah untuk dikawal dan dijadikan rekod sifar dan perkara ini bukan sebegitu mudah. Apa yang dilaksanakan oleh Kerajaan melalui Program Vaksinasi Kebangsaan adalah satu usaha yang harus dipercepatkan dan diberikan suntikan segera kepada semua rakyat segera. Inilah satu-satu harapan kepada rakyat Malaysia untuk kita Berjaya dan keluar dari gelombang Pandemik COVID 19.
Kami menyeru Kerajaan memberikan akses kepada pemegang-pemegang Sijil Digital Vaksin yang telah menerima suntukan 2 Dos untuk bergerak dan melangsungkan kehidupan mereka seperti biasa. Ini juga akan mendorong semua individu tampil membuat pendaftaran segera untuk vaksinasi di atas sebab keraguan akan dikecualikan dari keistimewaan bergerak dan sebagainya.
Sehubungan itu, kami merayu kepada pihak kerajaan untuk menetapkan SOP yang lebih ketat dan benarkan semua perniagaan beroperasi segera di negeri-negeri yang merekodkan kes covid 19 yang rendah dan tidak perlu untuk menunggu sehingga bulan September 2021 untuk memasuki fasa pemulihan beroperasi.
Seperti yang kita ketahui dari semua sudut, sektor ekonomi perkilangan yang mencatatkan rekod kes COVID 19 yang tinggi, oleh itu kita dapat terus memantau dan memastikan kilang-kilang ini menjalankan ekonomi berdasarkan SOP yang lebih ketat. Kami memohon pihak Kementerian Sumber Manusia bergerak dan Kementerian Kesihatan Malaysia segera membuat lawatan dan memberikan pantauan secara mendalam ke atas syarikat -syarikat yang menyumbangkan kes-kes COVID 19.
Rakyat Malaysia sangat bimbang dan risau dengan kelangsungan hidup yang terhimpit akibat wabak COVID-19 disebabkan tiada tawaran kerja , kehilangan punca pendapatan terus menyebabkan keadaan kehidupan mereka semakin tertekan.
Kami dengan rendah diri menuntut agar kerajaan yang sentiasa prihatin terhadap rakyat Malaysia untuk menggunakan sijil digital my sejahtera untuk keluar dari SOP PKP dan memberikan pengecualian untuk bergerak.
MASTURA BINTI UMAR BAKI
Ketua Pegawai Perhubungan Awam merangkap Penolong Bendahari
Persatuan Kesejahteraan Rakyat Malaysia
E: urusetia@rakyatmalaysia.org.my