PENGHARGAAN KEPADA SUKARELAWAN PKRM
Tarikh: 01/04/20
KENYATAAN MEDIA
Putrajaya 1 April – Pengerusi PKRM, YH Dato Ranjith hari ini memberikan pengesahan bahawa semua sukarelawan-sukarelawan di seluruh negara yang tampil memberikan pelbagai bantuan darisegi material dan kewangan diminta untuk mendaftar sebagai Ahli PKRM untuk penerimaan watikah Pelantikan Ahli Kehormat seumur Hidup dengan tawaran insuran percuma serta kemudahan-kemudahan insentif yang disediakan oleh PKRM.
Sehubungan dengan itu, beliau juga memaklumkan bahawa sikap mengambil berat dan mendahulukan rakyat yang dilaksanakan oleh pelbagai sukarelawan adalah satu-satunya contoh keprihatinan rakyat yang bersedia memberikan perkhidmatan kepada rakyat dan negara. Kehadiran mereka haruslah dihargai dan dikenalpasti untuk dikekalkan sebagai sukarelawan negara.
PKRM sebagai badan berdaftar dalam melaksanakan pelbagai tugasan menjaga kebajikan rakyat, menyahut baik cabaran Bersama dalam mencegah Covid 19 yang kini merebak di seluruh Negara. PKRM juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam membantu usaha Kerajaan cegah Covid 19.
Untuk pendaftaran ahli boleh dibuat terus di laman portal www.rakyatmalaysia.org.my.
Sekian.
Disediakan oleh :
Unit Media PKRM
Haji Isma Zaimei Bin Ishak
Naib Pengerusi
Persatuan Kesejahteraan Rakyat Malaysia (PKRM)
T:03-88617557