NEGARA LAHIRKAN MASYARAKAT YANG PENYAYANG MELALUI CSR
Tarikh: 23/09/19
SELANGOR, 23 SEPTEMBER – Program Bantuan Kerusi Roda Rakyat Malaysia (BKRRM) merupakan satu program yang disokong oleh YAB Tun Dr Mahathir Mohamed Perdana Menteri Malaysia dalam menganjurkan program kebajikan melalui usahasama dengan sektor-sektor korporat sebagai tajaan dan program CSR.
PKRM Memperkukuh Inklusiviti Ke Arah Kesejahteraan Masyarakat melalui usahasama dan kerjasama sektor swasta, agensi kerajaan dan glc-glc. Baru-baru ini pihak CGC - Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad juga mengambil bahagian dengan membuat tajaan sejumlah 3 unit kerusi roda untuk diedarkan kepada penerima-penerima bantuan BKRRM.
Setiap tajaan merupakan sambutan yang mengiktiraf dan menghargai sumbangan kumpulan sasar dan sekaligus memberikan perkhidmatan secara terus kepada masyarakat menerusi pelbagai aktiviti di bawah PKRM
Menurut Pengerusi PKRM Left Kol (B) Dato’ Ranjith pelaksanaan aktiviti kebajikan memerlukan kerjasama daripada semua pihak dan bukan terletak di bawah tanggungjawab Kementerian dan JKM sahaja. Individu, keluarga, masyarakat, organisasi swasta, dan NGO perlu memainkan peranan serta berganding bahu bagi memastikan kesejahteraan hidup rakyat Malaysia”.
PKRM diharapkan seluruh komponen masyarakat dan komuniti Malaysia mengambil peluang dalam program-program kebajikan untuk memupuk elemen kebajikan, kesukarelawanan, kebersamaan dan kerukunan antara kita agar selari dengan nilai-nilai murni yang terus disemarakkan dengan kesedaran bahawa kebajikan adalah tanggungjawab bersama.
Selain daripada itu, orang ramai juga disarankan untuk menggunakan sepenuhnya perkhidmatan online serta laman portal www.rakyatmalaysia.org.my bagi bantuan kerusi roda.
Dalam masa terdekat ini PKRM akan menerbitkan buku khas sebagai edaran bagi menghargai pencapaian dan sumbangan mereka dalam pelbagai bidang.
Dikeluarkan oleh:
Unit Komunikasi Korporat PKRM
03-88617557