5 PUSAT PEMBERIAN VAKSIN (PPV) TERIMA SUMBANGAN EDARAN AIR MINUMAN
Tarikh: 18/06/21
SIARAN MEDIA/ MEDIA RELEASE
PERSATUAN KESEJAHTERAAN RAKYAT MALAYSIA
KUALA LUMPUR – 5 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) terima edaran air minuman berperisa susu kurma jenama Yeos. Sumbangan ini disampaikan oleh Siti Zulaiha Penolong Ketua Pegawai Perhubungan Awam PKRM kepada pegawai – pegawai bertugas di PPV KLCC , PPV MITEC, PPV AXIATA ARENA, PPV WTC KL dan PPV UM.
Sumbangan ini diedaran kepada petugas-petugas hadapan di pusat-pusat PPV yang berkerja menguruskan kerja-kerja pemberian vaksin kepada seluruh rakyat Malaysia. Persatuan Kesejahteraan Rakyat Malaysia mengambil berat akan keperluan frontliners yang bertungkus lumus melaksanakan tanggungjawab mereka di pusat-pusat PPV dalam kita mencapai herd community dalam membendung penularan penyakit Covid 19 di negara kita.
Perkara ini dialu-alukan oleh Menteri penyelaras Program Imunisasi COVID 19 Kebangsaan (PICK) YB Khairy Jamaluddin. Dalam perkembangan tersebut Pengerusi PKRM YH Penolong Pesuruhjaya Kehormat Rela Dato Ranjith juga berkata beliau dengan Kerjasama Restoran Nyonya Tingkat Sdn Bhd akan membuat agihan makanan Foodbox kepada 5 Pusat Vasinasi dengan tambahan air minuman mineral dan air berperisa.
Inisiatif ini juga bertujuan meringankan beban kumpulan terbabit dalam memerangi Covid 19 dan setiap sumbangan daripada rakyat Malaysia mauhupun tajaan korporat akan disalurkan terus kepada barisan hadapan yang memerlukan. Persatuan menyarankan pihak korporat untuk tampil memberikan sokongan yang boleh dalam kita terus komited dan menjayakan dos pemberian vaksin ini kepada seluruh rakyat Malaysia sambil membantu usaha Kerajaan dalam mencapai imuniti kelompok.
Demi melindungi yang tersayang daripada jangkitan COVID-19, pelbagai usaha dan langkah strategik perlu dipertimbangkan dan dilaksanakan.
Marilah kita sama-sama melindungi komuniti dan orang yang tersayang. Kepada pihak yang sudi menjalin Kerjasama strategik boleh hubungi pegawai-pegawai bertugas seperti berikut:
· Cik Mastura Umar Baki 03-21611999 HP 017-258 1553
· Siti Zulaiha 03-21633999 HP 017-926 8186
· Penolong Pesuruhjaya (B) Rela Tuan Ceros HP 012-3405443
Talian Whatsapp : 012-3291273
Emel : fundriser@rakyatmalaysia.org.my
Nama Akaun : Persatuan Kesejahteraan Rakyat Malaysia
No Akaun : 5645 4813 7349 Maybank
Di kesempatan ini, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakan-rakan korporat atas jalinan kolaborasi strategik dalam merealisasikan Program yang dilaksanakan.
Haji Isma Zaimei Bin Ishak
Naib Pengerusi
B:P Unit Media Persatuan Kesejahteraan Rakyat Malaysia