PROGRAM ZIARAH KEBAJIKAN PUSPANITAPURI
Tarikh: 12/10/19
10 OKTOBER 2019 PUTRAJAYA- Persatuan Kesejahteraan Rakyat Malaysia (PKRM) menjalin hubungan strategik melalui program ziarah puspanita dalam
Yang dipertua Puspanita , YBhg. Puan Sri Jamaliah binti Othman menghadiri program penyerahan sumbangan kerusi roda untuk program Ziarah Kebajikan Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita).
Program Bantuan Kerusi Roda Rakyat Malaysia (BKRRM) adalah satu inisiatif yang diperkenalkan oleh PKRM dan program ini disokong sepenuhnya oleh Kerajaan dan Perdana Menteri Malaysia YAB Tun Dr Mahathir Mohammed.
Pemberian kerusi roda ini giat dilaksanakan oleh PKRM sejak penubuhannya dari tahun 2013. Program ini mendapat sokongan dan perhatian sektor korporat dibawah naungan program CSR mereka dan kami yakin dengan adanya komitmen dan sokongan Kerajaan , sudah tentu kita dapat memenuhi keperluan OKU-OKU dan Pesakit-pesakit kronik yang memerlukan bantuan ini.
Bagi penjawat-penjawat awam , bantuan kerusi roda secara pemberian terus atau melalui skim pinjaman boleh diperolehi dengan menghubungi Puspanitapuri Puan Nurul Hazwani Binti Ahmad Setiausaha Kerja Kanan ditalian 03-8884 0300 atau melalui pejabat PKRM ditalian 03-8861 7557 atau 03-2164 4999. Bagi permohonan lain sila hubungi pejabat PKRM.
Untuk makluman, program BKRRM ini juga telah diperluaskan kepada seluruh Negeri termasuk Sabah dan Sarawak.
Yang dipertua Puspanitapuri merakamkan ucapan penghargaan kepada PKRM kerana menyediakan bantuan skim BKRRM ini membantu rakyat yang memerlukan.
“Turut hadir yang memberikan sumbangan adalah Ketua Pegawai Perhubungan Awam PKRM Puan Sitti Faisah binti Akmador , dan Mastura Umar Baki , Penolong Bendahari PKRM Bersama Yang Dipertua Puspanita dan pegawai setiausaha kerja dan wakil”.
Tamat.
Disediakan Oleh
Isma Zaimei bin Ishak
Naib Pengerusi
E: isma.zaimei@rakyatmalaysia.org.my