ANCAMAN KE ATAS MASYARAKAT PALESTIN OLEH ZIONIS ISRAEL MENARIK PERHATIAN SELURUH UMAT ISLAM
Tarikh: 10/05/21
SIARAN MEDIA/ MEDIA RELEASE
PERSATUAN KESEJAHTERAAN RAKYAT MALAYSIA (PKRM)
Kuala Lumpur – Persatuan Kesejahteraan Rakyat Malaysia amat kecewa dan kesal akan perbuatan kejam oleh kepolisan Israel yang membuat perangan ke atas penduduk palestin yang menyebabkan kematian dan kecederaan yang teruk. Mana perginya has asasi kemanusian serta undang-undang antarabangsa.
Pencerobohan di Masjid Al-Aqsa terhadap para Jemaah yang sedang menunaikan solat merupakan satu Tindakan yang tiada nilai keperimanusiaan dan satu penghinaan.
Perbuatan zalim ini yang merupakan satu bentuk penghinaan terhadap umat islam dan kecam nilai kemanusian. PKRM setuju dan menyokong penuh kenyataan Menteri Luar YB Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang mengecam sekeras-kerasnya pengusiran secara paksa rakyat palestin daripada kediaman mereka termasuk yang berada di kejiranan Sheikh Jarrah di Baitul Maqdis. Kita harus bertindak menyeru seluruh negara campur tangan dan bertindak segera dalam halatuju menentang kezaliman ini.
Perbuatan kejam ini harus dihentikan dengan segera bagi mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan rakyat Bersama.
Ini berikutan kejadian pencerobohan dan serangan tentera penjajah Israel serta pendatang haram yahudi ke atas rakyat palestin dan para Jemaah yang menunaikan solat di hari terakhir Ramadan di Masjid Al-Aqsa pada Jumaat 7 Mei 2021.
HAJI ISMA ZAIMEI BIN ISHAK
Naib Pengerusi
Persatuan Kesejahteraan Rakyat Malaysia
E: isma.zaimei@rakyatmalaysia.org.my
10 Mei 2021