PASAR PUDU MENJADI TEMPAT PEMBIAKAN TIKUS
Tarikh: 22/05/19
SIARAN MEDIA
PASAR PUDU MENJADI TEMPAT PEMBIAKAN TIKUS DAN SIKAP DEGIL PENIAGA YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ADALAH PUNCANYA
KUALA LUMPUR 26 Mei 2019 – Tinjauan Pegawai Perhubungan Awam PKRM mendapati adanya sikap segelintir peniaga dan penjaja yang mengabaikan aspek kebersihan seolah-olah sengaja mengundang kehadiran tikus ke pasar-pasar awam.
Pasar pudu kini menjadi tempat pembiakan tikus.
Jurucakap PKRM melahirkan rasa kecewa berkata, sikap degil peniaga berkenaan begitu ketara walaupun pelbagai usaha dilaksanakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersama peniaga bagi memastikan kawasan pasar sentiasa bersih masih perlu diperketatkan.
Tindakan tegas dan beberapa modul operasi dan kebersihan harus diperkenalkan bagi memastikan setiap penjaja mengikuti nasihat dan peraturan yang ditetapkan.
Kami juga mendapati kini kebanyakan premis kedai – kedai dipasar bukan diuruskan oleh pemiliknya malah telah diberikan kepada peniaga warga asing untuk berniaga. Kami mendapati masih terdapat bungkusan sampah tidak dibuang ke tempat yang telah disediakan, proses penyembelihan dibuat secara tidak teratur dan longkang dipenuhi sampah.
Situasi seperti ini di ibu negara amatlah satu perkara yang dipandang serius dan harus ditangani dengan segera. Tempat pembiakan tikus boleh terdedah kepada risiko penyakit pembawa maut, leptospirosis atau kencing tikus.
Pihak PKRM akan mengadakan perbincangan segera dalam masa terdekat ini pihak DBKL bagi mengatasi masalah kebersihan di pasar terbabit dengan mencadangkan beberapa langkah yang amat serius dan denda yang lebih berat ke atas peniaga - peniaga yang tidak bertanggungjawab.
ISMA ZAIMEI BIN ISHAK
Naib Pengerusi