PKRM SEDIA MEMBANTU 100,000 TOPENG MUKA KEPADA RAKYAT MALAYSIA / FRONTLINER
Tarikh: 19/04/20
Persatuan Kesejahteraan Rakyat Malaysia (PKRM) sentiasa prihatin dan sedia membantu usaha Kerajaan dalam kita mengekalkan perpaduan serta bersedia menghadapi apa jua cabaran demi mempertahankan maruah negara dan kesejahteraan rakyat Malaysia.
Sebagai Persatuan yang mengambil berat terhadap situasi ancaman wabak Covid 19 yang menjejaskan seluruh sektor memutuskan untuk membantu mencari penaja-penaja rasmi dalam mengumpul dan mengedarkan kira-kira 100,000 topeng muka.
Sumbangan akan diedarkan secara berperingkat berdasarkan keperluan semasa petugas keselamatan khususnya kepada barisan hadapan (frontliner). Oleh yang demikian , PKRM berharap agar semua sektor yang bersedia memberikan bantuan kepada permohonan ini boleh berhubung dengan Mastura binti Umar Baki 03-88617557 / HP:017-3581553.
Segala pembayaran sumbangan adalah wajib melalui pembayaran akaun sahaja di atas nama “ PERSATUAN KESEJAHTERAAN RAKYAT MALAYSIA (PKRM) Nombor Akaun Maybank : 5645 4813 7349. Sumbangan Tunai Adalah Tidak Digalakan. Sekiranya ada pemberian material , boleh berhubung terus dengan saya ditalian 03-82135775.
Haji Isma Zaimei bin Ishak
Naib Pengerusi
Persatuan Kesejahteraan Rakyat Malaysia
19 April 2020