PENGECUALIAN CUKAI UNTUK PKRM
Tarikh: 10/05/19
SIARAN MEDIA / MEDIA RELEASE
PKRM
PENGECUALIAN CUKAI LHDNM
KUALA LUMPUR: PKRM kini dalam proses kelulusan percukaian baru bagi membolehkan PKRM melaksanakan tanggungjawab terhadap aktiviti dan program-program kebajikan khususnya kepada rakyat yang memerlukan. Kelulusan ini adalah berdasarkan objektif baharu PKRM menhala tujuan terhadap kebajikan rakyat yang menjamin kesejahteraan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan segala usaha akan membantu melengkapkan usaha murni Kerajaan.
Pengecualian ini akan diluluskan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) untuk penaja-penaja program yang mengambil bahagian.
Pengerusi PKRM Datuk Ranjith, berkata pihaknya berterima kasih kepada YAB Perdana Menteri dan LHDNM di atas sokongan pengecualian cukai yang mampu memberikan ruang kepada penaja-penaja sentiasa mengambil bahagian. Pemberian cukai membolehkan syarikat korporat swasta dapat mengambil bahagian dan memberikan perkhidtana yang terbaik.
Katanya, kebiasaan setiap resit pengecualian cukai itu dikeluarkan mengikut kepada peraturan dan memenuhi syarat yang termaktub dalam Seksyen 44(6B), Akta Cukai Pendapatan 1967.
Sekian,terima kasih