TAHNIAH IGP YDH TAN SRI ABDUL HAMID BADOR DAN YDH DATUK AYOB KHAN MYDIN PITCHAY
Tarikh: 17/04/21
SIARAN MEDIA/ MEDIA RELEASE
PERSATUAN KESEJAHTERAAN RAKYAT MALAYSIA (PKRM)
TAHNIAH IGP YDH TAN SRI ABDUL HAMID BADOR DAN YDH DATUK AYOB KHAN MYDIN PITCHAY POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM)
17 April 2021 – Persatuan Kesejahteraan Rakyat Malaysia (PKRM) mengucapkan tahniah kepada Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang bertindak pantas dalam memerangi kejadian isu-isu salah guna kuasa dan penglibatan pegawai-pegawai serta anggota PDRM bersama sindiket jenayah yang sedang bertular di negara kita.
Pengerusi PKRM YH Penolong Pesuruhjaya Kanan Rela (Kehormat) Dato Ranjith , berkata Tindakan Ketua Polis Negara harus diberikan kepujian serta harus dijadikan contoh kerana ini merupakan satu Tindakan berani yang mencabar anggota yang salah guna kuasa dalam kepimpinan Polis DiRaja Malaysia (PDRM).
Rakyat sentiasa memberikan penghormatan yang tertinggi ke atas badan uniform khususnys PDRM , tetapi kejadian terbaharu pelbagai kes-kes yang melibatkan pegawai dan anggota Polis amat terpanggil yang memberikan perlindungan ke atas penjenayah dan sindiket-sindiket yang menjalankan kegiatan salah kuasa jelas akan membawa keburukan kepada negara dan anak muda kita.
Setiap negara berhasrat untuk mengekalkan kesejahteran rakyat dan menjamin ekonomi negara. Kejadian pelbagai isu Sepertimana yang kita terima baru-baru ini seperti kartel tender , kartel daging , kartel project , kartel PDRM dan lain-lain yang melibatkan aliran wang berjuta-juta ringgit menjadi perhatian netizen.
Tindakan semasa pucuk kepimpinan PDRM oleh IGP YDH Tan Sri Abdul Hamid Bador Bersama YDH Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay , Ketua Polis Johor amat membanggakan kita. Setiap rakyat harus memberikan Kerjasama sepenuhnya dalam kita membantu pihak Polis menjalankan tugasan mereka dan sekiranya kita bertanggungjawab menjadi mata dan telinga kepada Pihak Polis , insiden salah laku jenayah dapat dibendung sepenuhnya dan adanya satu integriti serta keberkesanan dikalangan pegawai dan anggota beruniform.
Sebagai contoh baru-baru ini jadinya kes dua pengawal peribadi dipukul kerana berpuasa, akibat daripada kejadian dan punca insiden ini , dengan hasıl laporan yang dibuat pihak Polis Berjaya merampas harta anggaran RM28 Juta. Dari mana seorang itu boleh memiliki harta dan wang sejumlah besar itu ? Berapa lama mereka melakukan aktiviti salah laku dan siapa yang memberikan perlindungan ?
Kes-kes sebegini jelas memberikan petunjuk kepada kita bahawa adanya pihak-pihak yang terlibat yang memberikan perlindungan sambil mengambil suapan. Memang pengawal peribadi yang dipercayai dipukul itu tahu akan jenis perniaagan majikan dan sumber kekayaan majikan tetapi tidak melaporkan sehingga menjadikan isu dipukul oleh majikan sendiri.
Apatah lagi sekiranya tidak dikena pukul,maka dalang sindiket ini memang akan berterusan seperti biasa.
Ada pihak yang sudi mengadaikan maruah dan berkerja dengan kumpulan seperti ini walaupun mereka mengenali kegiatan mereka adalah salah disisi undang-undang, tetapi jika ditanya mereka akan menjawab tiada pilihan lain dan terdesak sangat untuk mencari wang. Inilah sikap yang sedia ada apabila adanya individu yang sedia melakukan kesalahan walaupun sedar apa yang dibuat itu salah.
Jangan kita samasekali melihat perbuatan atau Tindakan IGP kita menjejaskan maruah PDRM malah usaha beliau adalah untuk membersihkan kepimpinan PDRM dengan membersihkan nama serta menyingkirkan anggota-anngota yang melakukan salah laku. Beliau berani kerana benar dan prinsipnya jelas kepada semua anggota-anggotanya untuk telus dan adil dalam tugasan mereka sebagai unit utama yang memberikan jaminan kesejahteraan rakyat dan negara.
Negara akan terus maju dan selamat sekiranya kepimpinan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) “Bersedia Berkhidmat” dan mengecualikan isu-isu penyelewangan serta rasuah dikalangan warga beruniform. Salah laku hanya akan berleluasa sekiranya ada pihak yang memberikan perlindungan dengan mementingkan diri sendiri.
Sebagai sebuah pertubuhan yang mendahulukan kesejahteraan rakyat Malaysia , kami berharap satu perubahan baru dan wajah Polis DiRaja Malaysia (PDRM) akan Kembali dengan Tindakan kuasa yang lebih ketat serta mendedahkan nama dan maklumat pegawai-pegawai yang terlibat dalam salah guna kuasa supaya rakyat dapat mengenali mereka serta hukuman yang setimpal dengan salah laku mereka diberikan oleh pihak berkuasa dan Kerajaan tanpa mengira status dan kedudukan.
" Negara Makmur , Kesejahteraan Terjamin "
Disediakan Oleh:
Persatuan Kesejahteraan Rakyat Malaysia
E:isma.zaimei@rakyatmalaysia.org.my
Aras 3 Suite 3.11 Menara Ampwalk
North Block
No.218 Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur
TEL: 03-21611999 FAX:603-2163 1999